Friday, November 26, 2010

MESYUARAT EXCO MPSM 1/2010-12

Selepas pemilihan exco MPSM Muar Ledang yand diadakan di SMK Tun Dr.Ismail Bakri, semalam 26 November 2010 berlangsung mesyuarat 1 sesi 200-202 exco MPSM di SM Sains Muar. Mesyuarat dipengerusikan sendiri oleh Tn.Hj.Samian Sawiyo. Pengisian barisan AJK exco seperti berikut: JK Akademik - SM Dato Sri Amar, SM Tun Mamat, SM Jalan Junid. JK ICT - SM Seri Menanti, SM Ledang. JK Profesionelisme - SM Tun Seri Lanang, SM Bukit Gambir, SM St.Andrew. JK Pengantarabangsaan - SM Felcra Bukit Kepong,  SM Pekan Baru. JK Penerbitan - SM Bukit Naning, SM Tun Perak., SM Tun Perak, SM Tun Dr Ismail . JK Perujian dan Peperiksaan - SM Seri Muar, SM Raja Muda, Sekolah Tinggi. JK Kebajikan - SM Tengku Mahkota, SMK Maahad. JK Ekonomi - SM Tengku Temenggung Ahmad, SM Teknik, SM Pei Hwa.
Photobucket
Pengerusi Tn.Hj.Samian (berkot) dan Timbalan Tn.Hj.Wagiman
Photobucket
En.Puniran (ICT), Hj.Zakaria (LADAP), Hj.Suradi (Ekonomi), Hj.Md.Kassim (Akademik) Hj.Radi (Sosial)
Photobucket
Hjh.Rumjah (S/Usaha) Hjh.Suhana (Perujian) Hj.Mahmud (Ekonomi) Hj.Abu Bakar (Pengantarabangsaan)
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Sarapan sebelum mesyuarat

Thursday, November 25, 2010

PENEMPATAN GURU BARU

Pada 23 November 2010 seramai 17 orang guru baru ditempatkan di sekolah-sekolah daerah Muar dan Ledang. Pengetua atau wakilnya dijemput bersama ke PPD untuk menerima taklimat penempatan guru baru ini. Mereka mula menjalani proses orientasi di sekolah selama 3 bulan sehingga Februari. Selamat bertugas.

Photobucket
PPPD(M) Tn.Hj.Ahamad Nasaruddin bersama En.Najib memberikan taklimat
Photobucket
Pengetua SEDAR, SMJJ, SMKBM, SMKBN dan wakil STMI
Photobucket
Pengetua SMSM (baju unggu), wakil STUDI (kiri)
Photobucket
Antara barisan guru baru
Photobucket
Wakil SMK(A)Maahad, SAB (barisan depan)
Photobucket
Wakil SMTP (kiri)
Photobucket

Photobucket

Tuesday, November 23, 2010

SPM DAN STPM 2010 BERMULA

Bermula dari 23 November 2010 hingga 20 Disember 2010 berlangsungnya peperiksaan SPM, manakala peperiksaan STPM berlangsung hingga 16 Disember 2010. Pada hari pertama peperiksaan ini pegawai dari PPD, PIBG dan Alumni 'turun padang' untuk memberikan semangat dan sokongan moral kepada calon-calon yang mengambil peperiksaan. Pelbagai rakaman peristewa sempat diabadikan untuk tatapan semua. MPSM Muar / Ledang mengucapkan terima kaseh atas sokongan semua pihak. Kepada calon-calon peperiksaan SPMdan STPM,  MPSM mendoakan anda semua akan berjaya dengan cemerlang.

Photobucket
Photobucket
PPD Tn.Hj.Ramli Abd.Samat dan YDP PIBG Tn.Hj.Mahmud Bulat
Photobucket
Mengaminkan doa sebelum peperiksaan bermula

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Lawatan Pengarah Peperiksaan ke SMK Ledang
Photobucket
Pengarah mengucapkan takziah kepada keluarga pelajar yang meninggal dunia semasa menduduki SPM
Photobucket
SMK Dato Sri Amar DiRaja
Photobucket
SMK Ledang

Monday, November 15, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

MPSM mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil adha kepada rakan-rakan muslim. Semoga pengorbanan kita semua memberi sinar kecemerlangan untuk agama, bangsa dan negara. Bagi mereka yang pernah samapai ke Mekah, tentunya gambar-gambar berikut menjadi kenangan yang sukar dilupakan. Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.

Photobucket
Masjidil Haram waktu malam
Photobucket
Pintu masuk Masjidil Haram
Photobucket
Ruang solat
Photobucket
Ruang solat utama
Photobucket
Pintu masuk lalu Babu-salam
Photobucket
Makam_Nabi Ibrahim a.s
Photobucket
Batu sujud (di Peru). Kebesaran Allah untuk dilihat oleh manusia

Saturday, November 13, 2010

SELAMAT BERSARA

terima kasih :www.hafizismail.com
Yang Berbahagia Tan Sri Dato Hj.Alimuddin bin Mohd Dom telah bersara dari perkhidmatan dan digantikan oleh Y.Bhg Dato Abd.Ghafar bin Mahmud berkuatkuasa 8 November 2010. MPSM merakamkan ucapan terima kaseh kepada Tan Sri,selamat bersara dan tahniah serta selamat datang kepada Dato Abd.Ghafar Mahmud. Semoga KPM akan terus cemerlang dalam melahirkan modal insan kelas dunia.

PEMIMPIN PENDIDIKAN JOHOR YANG BARU

MPSM Muar mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pengarah dan Timbalan Pengarah Pelajaran Johor yang baru. Tuan Pengarah Pelajaran Johor Tuan Haji Markom bin Giran dan Tuan Timbalan Pengarah ialah Encik Mohd Nor bin A.Ghani. MPSM memberi sokongan dan dokongan penuh terhadap halatuju yang dibawa oleh tuan pengarah yang baru. Selamat maju jaya. Johor Top 5.


hj markom giran
Tuan Haji Markom bin Giran
Photobucket
Encik Mohd Nor bin A.Ghani

Friday, November 12, 2010

MALAM SINAR BINTANG KEJORA

Bertempat di sebuah hotel di Johor Bahru, Jabatan Pelajaran Negeri Johor telah mengadakan satu majlis menghargai bekas Pengarah Pelajaran Johor Tn. Hj.Sufa'at bin Tumin yang telah dinaikkan pangkat dan bertugas sebagai Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia. MPSM Muar berkesempatan bersama meraikan majlis gilang gemilang tersebut. Sebagai tanda penghargaan MPSM Muar merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada Tuan Hj.Sufa'at Tumin. Kepada Pengarah Pelajaran Johor yang baru Tuan Hj.Markom bin Giran diucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas. Begitu juga kepada Timbalan Pengarah Pelajaran Johor Encik Mohd. Nor bin A.Ghani yang dinaikkan pangkat dari KS Sektor Pengurusan Akademik. Semoga Johor terus Top 5.

Photobucket

Photobucket
Pengerusi dan Exco MPSM Muar sedang menjamu selera
Photobucket
Puniran, Zakaria, Ased dan Radi
Photobucket

Wednesday, November 10, 2010

MAJLIS KUNJUNG HORMAT PENGETUA STUDI

Tuan Hj.Zainal Abidin bin Ahmad adalah pengetua SMK Tun Dr Ismail Bakri yang akan menamatkan perkhidmatannya mulai 19 November 2010. MPSM Muar /Ledang telah mengadakan majlis kunjung hormat sempena persaraan beliau. Sejarah perkhidmatan beliau bermula di SMK Jerantut (1974), SMK Tengku Kudin (1980), SMK Raja Muda Muar (1989), SMK St.Andrew (2002). Pengetua SMK Bukit Ester Kota Tinggi (2004). Pengetua SMK Bukit Naning (2004-2008) dan bersara sebagai pengetua DG52 di SMK Tun Dr Ismail (2008-2010). MPSM merakamkan ucapan tahniah dan selamat menjalani waktu persaraan dengan bahagianya.
Photobucket
Photobucket

Tuesday, November 9, 2010

MESYUARAT AGUNG MPSM MUAR 2010

Mesyuarat Agung tersebut telah berlangsung di SMK Tun Dr.Ismail Bakri Muar pada 10 November 2010. Banyak aktiviti MPSM telah dapat dijalankan semasa 2010. Tahniah dan syabas. Pada mesyuarat agung ini pemilihan J/K 2011-2012 telah diadakan. Senarai J/K penuh ada dalam lampiran. Berikut adalah rakaman peristiwa mesyuarat agung tersebut.

Photobucket
Photobucket

TAKLIMAT KONTRAK KAWALAN KESELAMATAN DAN PEMBERSIHAN

Taklimat telah diadakan di dewan SMK Parit Bunga Ledang. Taklimat disampaikan oleh Tuan Haji Ramli bin Abdul Samat Pegawai Pelajaran Daerah Muar. Kehadiran peserta terdiri daripada Pengetua dan Guru Besar dari sekolah menengah dan rendah dalam daerah Muar dan Ledang bersama pengurus syarikat yang mendapat kontrak kawalan keselamatan dan pembersihan bagi dua daerah ini. Tuan PPD mengingatkan pengurus sekolah dan syarikat kontraktor supaya mematuhi segala terma dalam perjanjian dalam melaksanakan tugas tersebut. Hubungan yang baik antara pihak sekolah dengan syarikat amat dialu-alukan demi kebaikan bersama.
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Monday, November 8, 2010

KUNJUNG HORMAT MPSM KEPADA PN.HJH.LATIFAH BINTI HAMDAN

Sekalung Budi Seikhlas Hati. Majlis kunjung hormat MPSM kepada Pn.Hjh.Latifah binti Hamdan Pengetua Kanan Sekolah Tinggi Muar sempena majlis persaraan beliau. Majlis dihadiri pengetua-pengetua daerah Muar dan Ledang serta bekas pengetua dan bekas rakan sejawat beliau. Majlis berjalan dalam suasana meriah dengan pelbagai aktiviti sambutan. Berikut adalah rakaman peristiwa yang sempat dipaparkan. Selamat bersara.



Photobucket
Photobucket
Photobucket

Saturday, November 6, 2010

MPSM DI HARI ANUGERAH KOKURIKULUM SAMURA

Pada 3 November 2010 berlangsungnya majlis Anugerah kokurikulum SM Sains Muar. Majlis berlangsung dalam suasana geling-gemilang. Ahli MPSM dijemput sama dalam majlis tersebut. Berikut beberapa rakaman detik peristewa gemilang tersebut.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket