Sunday, July 31, 2011

SELAMAT DATANG RAMADHAN AL-MUBARAK

Photobucket
Esok Isnin 01 Ogos 2011 umat Islam akan mula berpuasa. Selamat menjalani ibadah puasa. Penuhi bulan Ramadan al-mubarak ini dengan memohon keampunan, kerahmatan dan kejayaan.
Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuniNya segala dosanya yang telah lalu. (Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Friday, July 29, 2011

APC 2010

Majlis anugerah sijil perkhidmatan cemerlang telah dilangsungkan di Dewan Wawasan Pejabat Pelajaran Daerah Muar pada Khamis 28 Julai 2011. Majlis disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Tuan Hj.Ahmad Othaman. Tahniah kepada guru-guru dan kakitangan yang menerima APC. Semoga anda terus cemerlang.

Photobucket
Photobucket

JADUAL PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2011

CADANGAN JADUAL PEPERIKSAAN PERCUBAAN SETARA

PENILAIAN MENENGAH RENDAH
NEGERI JOHOR 2011





Tarikh Waktu Kod Kertas Mata Pelajaran Masa
12 OGOS 2011 8.00 - 10.30 31 / 1 Bahasa Arab 1 2 jam 30 min
JUMAAT 8.30 - 10.30 32 / 2 Bahasa Cina 2 2 jam
8.30 - 10.30 33 / 2 Bahasa Tamil 2 2 jam
11.00 - 12.00 32 / 1 Bahasa Cina 1 1 jam
11.00 - 12.00 33 / 1 Bahasa Tamil 1 1 jam
15 OGOS 2011 8.00 - 10.00 02 / 2 Bahasa Melayu Kertas 2 2 jam
ISNIN 11.00 - 12.00 02 / 1 Bahasa Melayu Kertas 1 1 jam
16 OGOS 2011 7.30 - 8.45 23/1 Geografi 1 jam 15 min
SELASA 9.00 - 10.00 12 / 1 Bahasa Inggeris Kertas 1 1 jam
11.00 - 12.30 12 / 2 Bahasa Inggeris Kertas 2 1 jam 30 min
17 OGOS 2011 8.00 - 9.30 50 / 2 Matematik Kertas 2 1 jam 30 min
RABU 10.45 - 12.00 50 / 1 Matematik Kertas 1 1 jam 15 min
18 OGOS 2011 8.00 - 10.00 45 / 1 Pendidikan Islam 2 jam
KHAMIS 10.30 - 12.00 76 / 1 Kemahiran Hidup Bersepadu KT   K 1 1 jam 30 min
77 / 1 Kemahiran Hidup Bersepadu ERT K 1 1 jam 30 min
78 / 1 Kemahiran Hidup Bersepadu Pert.K 1 1 jam 30 min
79 / 1 Kemahiran Hidup Bersepadu PK K 1 1 jam 30 min
19 OGOS 2011 7.30 - 8.45 21 / 1 Sejarah 1 jam 15 min
JUMAAT 9.00 - 10.00 55 / 1 Sains Kertas 1 1 jam
10.30 - 12.00 55 / 2 Sains Kertas 2 1 jam 30 min






Bekalan kertas dibuat secara berpusat: Daerah Ledang  di STMI







Daerah Muar di High School

KUNJUNG HORMAT_PERSARAAN HJH.NOWIAH SELAMAT

Majlis kunjung hormat sempena persaraan Hjh.Nowiah Selamat diadakan pada 29 Julai 2011 di SMK Pekan Baru Muar. Hadir sama Pegawai Pelajaran Daerah Hj.Ahmad Othman.
Photobucket
Photobucket

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Sunday, July 24, 2011

Prinsip Kerja KPPM _ X-PLUS


Setiap pasukan profesional pendidik dan pegawai pendidikan perlu menerapkan budaya prestasi tinggi berasaskan PRINSIP KERJA X-PLUS.  Inilah prinsip kerja kaum profesional era GTP(Pelan Transformasi Kerajaan) dan ETP (Pelan Transformasi Ekonomi); memaksimumkan impak penyampaian perkhidmatan dalam bentuk keberhasilan kerja aras cemerlang (excellence) berteraskan pengetahuan, latihan, usaha dan semangat sepasukan.
 
Prinsip Pertama : CEMERLANG (EXCELLENCE)
Inilah kayu ukur kerhasilan kerja setiap individu.  Cemerlang atau excellence berbeza dengan kualiti.  Kualiti bermaksud memenuhi kehendak pelanggan, yakni menepati ketetapan kerja, mematuhi tuntutan perkhidmatan, mengikuti sepenuhnya perencanaan dan strategi, menyempurnakan tugasan pegawai atasan dan mencapai sasaran kerja tahunan.  Cemerlang bermaksud ‘go beyond’, yakni memenuhi kehendak yang tidak terungkap oleh pelanggan, menangani cabaran yang belum tiba dan melepasi rekod sedia ada.  Cemerlang bermaksud melepasi aras kualiti, melepasi pencapaian terbaik sebelum ini, mewujudkan aras pencapaian baharu untuk dikejar oleh pesaing.

Prinsip Kedua : PENGETAHUAN
Dalam era ini, faktor utama produktiviti bukan lagi bilangan pekerja, teknologi dan peruntukan yang banyak, faktor utama produktiviti ialah maklumat dan pengetahuan.  Oleh itu, pemimpin dan pengurus  tidak lagi semata-mata mentadbir tetapi memudah cara, menyelaras dan mempertalikan setiap pasukan kerja dalam organisasi.  Pemimpin dan pengurus sewajarnya memiliki spektrum pengetahuan yang luas, berkemahiran menatarkan maklumat yang dijana oleh setiap pasukan kerja dan berkemahiran sebagai mediator dan moderator.  Pekerjaan mendidik, melatih, mengasuh, membimbing, mengajar dan menilai mestilah berdasarkan pengetahuan, bukan berdasarkan kebiasaan atau rutin.  Pengetahuan itu pula sewajarnya adalah yang terkini, teruji dan mantap.

Prinsip Ketiga  : LATIHAN
Latihan bermaksud belajar sepanjang hayat untuk mempertajamkan keupayaan melaksanakan tanggungjawab semasa dan mempersiap keupayaan untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar dan mencabar.  Latihan bermakna bina upaya yang berterusan, bukan sekadar memenuhi ketetapan perkhidmatan.  Latihan bererti bersedia untuk berubah, bersedia untuk melaksanakan idea baharu, bersedia untuk menggunakan cara gaya baharu dalam menyempurnakan tanggungjawab, bersedia menjayakan transformasi.  Ringkasnya hanya latihan yang bersistematik dan berterusan yang berupaya melestarikan profesionalisme jentera pendidikan negara.  Latihan yang berterusan bermakna pembelajaran berterusan.  Pembelajaran berterusan menjana perubahan.  Perubahan menjana pembaharuan, renewal.

Prinsip Keempat : USAHA
Usaha berbeza dengan kerja.  Usaha bermaksud berikhtiar seupaya mungkin dengan menggunakan pelbagai sudut pemikiran, sumber, kreativiti dan inovasi demi menyempurnakan misi dan mencapai objektif.  Usaha bermaksud ‘go extra mile’.  Sedangkan ‘kerja’ bermaksud melaksanakan tugas sebagaimana yang ditetapkan atau diarahkan.  Kerja mengutamakan kepatuhan kepada arahan.  Usaha mengutamakan matlamat dan objektif.  Ukuran kerja ialah kecekapan dan ukuran usaha ialah keberkesanan. Usaha menuntut pendidik dan pegawai pendidikan berfikir.  Dengan kecukupan usaha, dengan kesungguhan berikhtiar, daya fikir akan berkembang, imaginasi menjadi terang dan kreativiti akan bertandang – matlamat dan objektif menjadi kenyataan.

Prinsip Kelima  :  SEPASUKAN
Dalam era transformasi dan menghadapi cabaran-cabaran besar globalisasi, anggota profesional jentera pendidikan negara wajib berusaha sebagai satu pasukan.  Sepasukan bermaksud komited kepada nilai, visi, misi dan matlamat organisasi dan mengenepikan kepentingan diri dan perasaan peribadi.  Bekerja sepasukan menuntut aplikasi kepimpinan pada setiap tindakan.  Ciri kepimpinan wajib sentiasa terpamer dan dipraktikkan oleh setiap orang.  Bekerja sepasukan menuntut kehadiran altruisme dalam pengurusan, pentadbiran dan pelaksanaan operasi. 

Sunday, July 17, 2011

APC DI PERHIMPUNAN BULANAN PPD MUAR

Majlis penyampaian APC bagi tahun 2010 telah dibuat sempena dengan perhimpunan bulanan PPD Muar. Tahniah kepada penerima APC Tn.Hj.Mahamud Sarlan dan Pn.Hjh.Suhana Sulaiman. Dalam majlis ini Pn.Suhana tidak dapat hadir kerana mengerjakan umrah.

Photobucket
PPD menyampaikan anugerah
Photobucket
PPD memberikan ucapan

ANUGERAH SERI ASRAMA TERBILANG _JOHOR

Majlis penganugerahan kemenangan bagi aktiviti ASAT 2011 telah diadakan di SMKA Maahad Muar pada 15 Julai-17 Julai 2011. Semua 10 daerah yang mempunyai asrama harian telah mengambil bahagian. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tn.Hj.Ahmad Othman mewakili Pengarah Pelajaran Johor.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Thursday, July 14, 2011

AJK MPSM MUAR 2011-2012

SENARAI AJK MPSM DAERAH MUAR DAN LEDANG TAHUN 2010-2012


Pengerusi                             :               Tn. Hj. Samian bin Sawiyo
Naib Pengerusi                   :               Tn. Hj. Wagiman bin Sharif
Setiausaha                           :               Pn. Hjh. Siti Rumjah binti Banaji
Penolong S/U                      :               Pn. Hjh. Fuziah binti Mahdan
Bendahari                            :               En. Toh Cheng Hwa
Penolong Bendahari         :               Tn. Hj. Suradi bin Sarikon.

Biro Profesionalisme, LADAP, Inovasi dan Kajian Tindakan.

Pengerusi                             :               Tn. Hj. Zakaria binti Haiyun
AJK                                         :               Pn. Hjh. Fauziah binti Mansor.
Biro Akademik.

Pengerusi                             :               Tn. Hj. Kassim bin Mahadi
AJK                                         :               En. Zulkipli bin Ismail
                                                :               Tn. Hj. Norulhisham bin Zainal
Biro Penerbitan.

Pengerusi                             :               Tn. Hj. Mohd. Ibrahim bin Adzrai
AJK                                         :               Tn. Hj. Azman bin Jaffar
                                                :               Pn. Hjh. Fatimah binti Dato’ Sairan.
                                                :                                 
Biro Ekonomi

Pengerusi                             :               Tn. Hj. Mahmud bin Sarlan.          
AJK                                         :               En. Yusof bin Yoep Darus
                                                                Pn. Chaw Kia  Choo
                                                                           
                                      
Biro Lawatan, Rekreasi dan Pengantarabangsaan.   
Pengerusi                             :               Tn. Hj. Abu Bakar bin Mohamed
AJK                                         :               Pn. Hjh. Nowiah binti Selamat
                                                               

Biro Sosial dan Kebajikan.
Pengerusi                             :               Tn. Hj. Radi bin Yahaya
AJK                                         :               Pn. Hjh. Musalmah bin Musiran
                                                :               Tn. Hj. Omar bin Salleh.

Biro Penilaian dan Perujian:                                                                         
Pengerusi                             :               Pn. Hjh. Suhana binti Sulaiman                    
AJK                                         :                                  
                                                :              

Biro ICT:
Pengerusi                             :               En. Puniran bin Denan
AJK                                         :               Tn. Hj. Naimem bin Basar
                                                               

Juru Audit:                           :        (KOSONG)
                                                        

Wednesday, July 13, 2011

JUBLI EMAS SMK DATO SRI AMAR DIRAJA_SEDAR

Majlis sambutan 50 tahun kecemerlangan SMK Dato Sri Amar DiRaja dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 12 Julai 2011.
Photobucket

Monday, July 11, 2011

PENGISIAN DAN PERTUKARAN PENGETUA

Beberapa sekolah mendapat pengetua baru. Ini proses kenaikan pangkat atau perpindahan setara kerana keperluan perkhidmatan. Pengetua SMK Parit Bunga bertukar ke Sekolah Tinggi Muar. Tempat beliau diisi oleh Hj.Suradi Sarikon dari SMK Tengku Temenggung Ahmad Kundang Ulu. SMKTTA menerima pengetua baru Hj.Shukor bin Salikin dari SMK Sri Kluang yang merupakan mantan GPK SM Sains Muar dahulu. SMK Ledang menerima pengetua baru Hj.Ibrahim Adzrai dari SMK Bukit Naning. SMK Tun Dr.Ismail Bakri menerima pengetua baru Hj.Murad Ahmad Ghazali dari SMK Palong Timur Segamat. Hjh.Fauziah Mahdan bertukar ke SMK Tun Mamat Tangkak dari SMK Convent Muar. Hj.Naimem Basar berpindah dari SMK Seri Menanti ke SMK Sri Muar. Dua orang rakan pengetua yang bertukar keluar daerah kerana kenaikan pangkat ke DG52 ialah En.Othaman dari SMK Felcra Bukit Kepong ke SMK Labis, dan En.Goh Wee Beng dari SMK St.Andrew ke SMK Jementah. Selamat bertugas kepada semuanya.

Saturday, July 9, 2011

FESTIVAL NASYID KEBANGSAAN 2011

Festival Nasyid Kebangsaan Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran telah diadakan di SMKA Maahad Muar. Penyertaan kontinjen daripada 15 buah negeri. Johan bagi sekolah menengah di gondol oleh pasukan Kedah yang juga menjuarai kategori Johan Keseluruhan. Johan bagi kategori sekolah rendah disandang oleh Sarawak.
Photobucket
Pengarah Pelajaran Johor_menyambut ketibaan VVIP
Photobucket
Ucapan Perasmian
Photobucket
VVIP menerima cenderamata
Photobucket
Majlis diserikan dengan persembahan kumpulan Saujana
Photobucket
Majlis Jamuan Negeri_wakil Kerajaan Negeri menerima cenderamata
Photobucket
Johan SR_Sarawak
Photobucket
Johan SM _ Kedah
Photobucket
ahli MPSM
Photobucket