Sunday, November 25, 2012

PEMANTAUAN SEKOLAH AKHIR TAHUN 2012 DAN AWAL TAHUN 2013

Sekolah daerah Muar Ledang yang terlibat harap maklum.

SPA
EN. KAMARUDZAMAN BIN ABDUL MUBIN
JEA5024  SMK RAJA MUDA , MUAR
SPA
EN .MUHAMAD KHAIR BIN MOHAIDIN
JEA5042  SMK PERSISIRAN PERDANA, MUAR
SPA
EN. SAHIBUL BAHRIN BIN AHMAD
JEB5027  SMK PEI HWA(CF)
SPsK
EN. MOHD NARAWI BIN MOHAMED ALI
JEB5025  SMK( P ) SULTAN ABU BAKAR, MUAR

Wednesday, November 14, 2012

Maal Hijrah 1434

Selamat menyambut tahun baru, Maal Hijrah 1434. Semoga dengan ketibaan tahun baru, azam baru untuk melahirkan sekolah cemerlang dengan pelajar yang berpotensi untuk terbilang akan dapat dikukuhkan dan diterjemahkan dalam bentuk tindakan. Salam Maal Hijrah

Saturday, November 3, 2012

AUDIT PERCUBAAN SPM 2012

Pada 2 November 2012 telah berlangsung audit Percubaan SPM yang dipengerusikan oleh tuan PPD sendiri. Keputusan Percubaan SPM dibentangkan dan program pecutan akhir dirangka untuk dilaksanakan bagi memastikan hasrat menjadikan Muar Nombor 1 akan dicapai.
Tuan PPD dan Naib Pengerusi MPSM


HARI Q PPD MUAR

Anugerah kualiti sempena Hari Q PPD Muar telah berlangsung di Dewan Wawasan PPD Muar pada 1 November 2012. Sekolah-sekolah di daerah Muar dan Ledang yang mencapai tahap kualiti yang ditetapkan menerima anugerah sijil kualiti dari Pegawai Pelajaran Daerah Muar Tn.Hj.Ahmad bin Othman.

PPD dan Pengetua serta Guru Besar sekolah yang menjadi Johan Hari Q

Tahniah kepada sekolah-sekolah SMK Tunku Mahmud Iskandar Ledang, SMK Seri Tangkak, dan SMK Tun Mamat yang berjaya mengungguli kategori keseluruhan. Syabas