Saturday, June 22, 2013

JEREBU DI MUAR DAN LEDANG

Jerebu: PM Isytihar Darurat Di Muar, Ledang
PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan darurat di Muar dan Ledang berkuatkuasa serta-merta berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan itu melebihi 750, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel.
Setakat pukul 7 pagi Ahad, IPU di Muar meningkat kepada 746, di mana lebih sekali ganda berbanding tahap standard "berbahaya" menurut laman web Jabatan Alam Sekitar.