Majlis anjuran JPNJ ini diadakan bersempena persaraan Ybhg. Dato Hjh.Noor Rezan binti Bapoo Hashim dari jawatan TKPPM (Operasi ). Majlis dihadiri pengetua, guru besar , PPD dan warga JPNJ bertempat di dewan Jubli Intan Ledang Tangkak Johor. Selamat bersara kepada Ybhg. Dato.
Wednesday, December 29, 2010
Monday, December 27, 2010
MESYUARAT PENGURUSAN AWAL TAHUN 2011
Pada tarikh 27 Disember 2010 PPD Muar telah mengadakan mesyuarat pengurusan persediaan awal tahun 2011. Majlis berlangsung di SMKA Maahad Muar. Semua pengetua dan guru besar sekolah-sekolah di daerah Muar dan Ledang menghadiri mesyuarat tersebut. Pada majlis ini juga disampaikan sijil penghargaan anugerah kualiti dan sumbangan kepada anak-anak yatim sekolah-sekolah derah Muar dan Ledang. Bersempena mesyuarat ini juga MPSM dan MGB telah meraikan kenaikan pangkat Tn.Hj.Ramli bin Abd.Samat Pegawai Pelajaran Daerah Muar sebagai Ketua Sektor Akademik di JPNJ. Selamat bertugas di tempat baru.
Friday, December 24, 2010
PENGUMUMAN PMR JPNJ
Pengumuman PMR peringkat negeri Johor telah diadakan di dewan MPC Johor Bahru. Semua pengetua seluruh Johor dijemput hadir pada majlis tersebut. Peristewa berlangsung pada 23 Disember 2010 jam 10.00 pagi. Pengumuman dibuat oleh Pengarah Pelajaran Johor Tn.Hj.Markom bin Giran. Hadir sama Timbalan Pengarah Encik Mohd Noor bin A.Ghani.
Wednesday, December 22, 2010
BLUEPRINT JPNJ
JPNJ sedang menyiapkan blueprint nya bagi tahun 2011-2013. Sebahagian anggota panel penggubal sempat merakamkan gambar kenangan semasa mesyuarat yang diadakan di SMK Jalan Mengkibol Kluang. Tahniah dan terima kaseh kepada anggota panel yang terpileh menyiapkan blueprint tersebut.
Tuesday, December 21, 2010
23 DISEMBER _ KEPUTUSAN PMR
TINDAKAN >> PENGETUA SM DAERAH MUAR
Masa : Jam 8.00 pagi
Tempat : Dewan Pejabat Pelajaran Daerah Muar
Slip keputusan tersebut hanya boleh diedarkan kepada calon mulai jam 10.00 pagi 23.12.2010.
Keputusan Peperiksaan PMR 2010 akan diedarkan pada 23.12.2010. Sehubungan itu diminta tuan hadir ke taklimat analisis keputusan dan mangambil slip keputusaan tersebut mengikut ketetapan berikut :
Tarikh : 23 Disember 2010Masa : Jam 8.00 pagi
Tempat : Dewan Pejabat Pelajaran Daerah Muar
Slip keputusan tersebut hanya boleh diedarkan kepada calon mulai jam 10.00 pagi 23.12.2010.
Sunday, December 19, 2010
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
Pengetua-pengetua dari Daerah Muar, Ledang dan Segamat telah diberikan taklimat oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti mengenai sekolah berprestasi tinggi. Majlis berlangsung di sebuah hotel di Batu Pahat. Program berjalan dari 15 Disember hingga 17 Disember 2010.
Tuan Timbalan Pengarah Menutup Rasmi Majlis |
YDP MPSM Johor mengiringi Tuan Timbalan Pengarah |
Sessi sumbangsaran pengetua |
Mendengar taklimat dari JNJK |
Antara Pengetua yang hadir : Sumber daripada Hj.Naimen Basar |
Saturday, December 4, 2010
LAWATAN PENGARAH KE DAERAH MUAR DAN SEGAMAT
Majlis berlangsung di Kolej Matrikulasi Johor Ledang. Pengetua dan Guru Besar dari tiga daerah iaitu Muar, Ledang dan Segamat berhimpun di dewan besar Kolej Matrikulasi Johor. Pada majlis ini juga disampaikan watikah perlantikan kepada PPD Muar yang menjawat jawatan Ketua Sektor Akademik JPNJ yang baru. Tahniah.
Friday, November 26, 2010
MESYUARAT EXCO MPSM 1/2010-12
Selepas pemilihan exco MPSM Muar Ledang yand diadakan di SMK Tun Dr.Ismail Bakri, semalam 26 November 2010 berlangsung mesyuarat 1 sesi 200-202 exco MPSM di SM Sains Muar. Mesyuarat dipengerusikan sendiri oleh Tn.Hj.Samian Sawiyo. Pengisian barisan AJK exco seperti berikut: JK Akademik - SM Dato Sri Amar, SM Tun Mamat, SM Jalan Junid. JK ICT - SM Seri Menanti, SM Ledang. JK Profesionelisme - SM Tun Seri Lanang, SM Bukit Gambir, SM St.Andrew. JK Pengantarabangsaan - SM Felcra Bukit Kepong, SM Pekan Baru. JK Penerbitan - SM Bukit Naning, SM Tun Perak., SM Tun Perak, SM Tun Dr Ismail . JK Perujian dan Peperiksaan - SM Seri Muar, SM Raja Muda, Sekolah Tinggi. JK Kebajikan - SM Tengku Mahkota, SMK Maahad. JK Ekonomi - SM Tengku Temenggung Ahmad, SM Teknik, SM Pei Hwa.
Subscribe to:
Posts (Atom)