Jerebu: PM Isytihar Darurat Di Muar, Ledang
PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak mengisytiharkan darurat di Muar dan Ledang berkuatkuasa
serta-merta berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan
itu melebihi 750, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri
G. Palanivel.
Setakat pukul 7 pagi Ahad, IPU di Muar meningkat kepada 746, di mana
lebih sekali ganda berbanding tahap standard "berbahaya" menurut laman
web Jabatan Alam Sekitar.