Bertempat di sebuah hotel di Johor Bahru, Jabatan Pelajaran Negeri Johor telah mengadakan satu majlis menghargai bekas Pengarah Pelajaran Johor Tn. Hj.Sufa'at bin Tumin yang telah dinaikkan pangkat dan bertugas sebagai Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia. MPSM Muar berkesempatan bersama meraikan majlis gilang gemilang tersebut. Sebagai tanda penghargaan MPSM Muar merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada Tuan Hj.Sufa'at Tumin. Kepada Pengarah Pelajaran Johor yang baru Tuan Hj.Markom bin Giran diucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas. Begitu juga kepada Timbalan Pengarah Pelajaran Johor Encik Mohd. Nor bin A.Ghani yang dinaikkan pangkat dari KS Sektor Pengurusan Akademik. Semoga Johor terus Top 5.
Friday, November 12, 2010
Wednesday, November 10, 2010
MAJLIS KUNJUNG HORMAT PENGETUA STUDI
Tuan Hj.Zainal Abidin bin Ahmad adalah pengetua SMK Tun Dr Ismail Bakri yang akan menamatkan perkhidmatannya mulai 19 November 2010. MPSM Muar /Ledang telah mengadakan majlis kunjung hormat sempena persaraan beliau. Sejarah perkhidmatan beliau bermula di SMK Jerantut (1974), SMK Tengku Kudin (1980), SMK Raja Muda Muar (1989), SMK St.Andrew (2002). Pengetua SMK Bukit Ester Kota Tinggi (2004). Pengetua SMK Bukit Naning (2004-2008) dan bersara sebagai pengetua DG52 di SMK Tun Dr Ismail (2008-2010). MPSM merakamkan ucapan tahniah dan selamat menjalani waktu persaraan dengan bahagianya.
Tuesday, November 9, 2010
MESYUARAT AGUNG MPSM MUAR 2010
Mesyuarat Agung tersebut telah berlangsung di SMK Tun Dr.Ismail Bakri Muar pada 10 November 2010. Banyak aktiviti MPSM telah dapat dijalankan semasa 2010. Tahniah dan syabas. Pada mesyuarat agung ini pemilihan J/K 2011-2012 telah diadakan. Senarai J/K penuh ada dalam lampiran. Berikut adalah rakaman peristiwa mesyuarat agung tersebut.
TAKLIMAT KONTRAK KAWALAN KESELAMATAN DAN PEMBERSIHAN
Taklimat telah diadakan di dewan SMK Parit Bunga Ledang. Taklimat disampaikan oleh Tuan Haji Ramli bin Abdul Samat Pegawai Pelajaran Daerah Muar. Kehadiran peserta terdiri daripada Pengetua dan Guru Besar dari sekolah menengah dan rendah dalam daerah Muar dan Ledang bersama pengurus syarikat yang mendapat kontrak kawalan keselamatan dan pembersihan bagi dua daerah ini. Tuan PPD mengingatkan pengurus sekolah dan syarikat kontraktor supaya mematuhi segala terma dalam perjanjian dalam melaksanakan tugas tersebut. Hubungan yang baik antara pihak sekolah dengan syarikat amat dialu-alukan demi kebaikan bersama.
Monday, November 8, 2010
KUNJUNG HORMAT MPSM KEPADA PN.HJH.LATIFAH BINTI HAMDAN
Sekalung Budi Seikhlas Hati. Majlis kunjung hormat MPSM kepada Pn.Hjh.Latifah binti Hamdan Pengetua Kanan Sekolah Tinggi Muar sempena majlis persaraan beliau. Majlis dihadiri pengetua-pengetua daerah Muar dan Ledang serta bekas pengetua dan bekas rakan sejawat beliau. Majlis berjalan dalam suasana meriah dengan pelbagai aktiviti sambutan. Berikut adalah rakaman peristiwa yang sempat dipaparkan. Selamat bersara.
Saturday, November 6, 2010
MPSM DI HARI ANUGERAH KOKURIKULUM SAMURA
Pada 3 November 2010 berlangsungnya majlis Anugerah kokurikulum SM Sains Muar. Majlis berlangsung dalam suasana geling-gemilang. Ahli MPSM dijemput sama dalam majlis tersebut. Berikut beberapa rakaman detik peristewa gemilang tersebut.
Monday, November 1, 2010
TAKLIMAT SKPM 2010
Pada hari ini 01 November 2010, sekolah-sekolah di daerah Muar dan Ledang telah diberikan taklimat mengenai Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010 iaitu edisi terkini oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti. Sebanyak empat pusat dibuka secara serentak untuk taklimat ini iaitu di Sekolah Tinggi Muar, SMK Dato Sri Amar DiRaja, SMK Tun Mamat dan SMK Tengku Mahmod Iskandar. Setiap sekolah diwakili oleh Pengetua / Guru Besar dan seorang guru penyelaras. Taklimat ini selain memberi pendedahan SKPM 2010 juga memberi peluang peserta menggunakan aplikasi secara on-line.
Subscribe to:
Posts (Atom)