Friday, June 22, 2012

TAMAT KURSUS PBS_IAB

Pada 21 Jun 2012 maka semua pengetua daerah Muar Ledang telah selamat menjalani kursus PBS. Jika dulu tahap pemahaman di band 1-3 kini selepas kursus semuanya telah mencapai tahap band 4-6. Tahniah kepada peserta dan terima kasih kepada fasilitator IAB semua.
Dr.Zaiton_Ketua Unit
En.Fakhruddin

Peserta kursus_termasuk wakil
Penghulu bidan terjun
Penilaian kendiri_hari pertama
Penilaian kendiri_setelah tamat kursus

Wednesday, June 20, 2012

KURSUS PBS UNTUK PENGETUA

Pada 19-21 Jun 2012 pihak IAB telah melaksanakan kursus penataran kepada pengetua-pengetua daerah Muar Ledang. Kursus berlangsung di PKG Tengku Bendahara Muar.
peserta kursus bersama Ketua Unit dan Fasilitator IAB

Friday, June 15, 2012

KOLOKIUM PENGETUA JOHOR

Kolokium Pengetua Johor telah berlangsung di Dewan Seminar JPNJ pada hari Khamis 14 Jun 2012. Majlis perasmian disempurnakan oleh Tuan Pengarah Encik Mohd Nor bin A Ghani. beliau juga telah memberi ucaptama dengan tema "Johor Leads".
Tuan Pengarah_menyampaikan ucaptama
 




Sunday, June 10, 2012

LAWATAN MPSM KE BEIJING

MPSM Muar Ledang telah mengadakan lawatan ke Beijing mulai 2 Jun hingga 9 Jun 2012. Pelbagai tempat menarik telah dikunjungi semasa lawatan ini. Semoga lawatan ini memberikan lebih ilmu pengetahuan kepada ahli MPSM dalam mengurus sekolah masing-masing.
ahli MPSM yang ikut rombongan ke Beijing_tangga Great Wall
ruang solat masjid di Beijing_cantik dan mengekalkan tradisi lama



Medan Teineman_mencatat sejarah
lanskap Medan Teineman_menawan
makan telor dadar_menu wajib Pak Samian


Saturday, June 2, 2012

MANTAN PENGARAH_HJ.MOKHY KEMALANGAN

Saya baru balek ziarah Hj.Mokhy_mantan pengarah JPNJ yg ditimpa kemalangan. Sekarang ditempatkan diwad 4 Hospital Pakar Tun Fatimah Muar. Keadaannya_patah tulang (Lengan Kanan Beranduh) dan tulang selangka. Kepalanya ada enam jahitan. Bahu sampai kaki bah.kanan ada bekas calar. beliau dilanggar oleh pelajar bermotor dari arah belakang disebelah kanan_ menyebabkan bahagian kanan beliau yg cedera. Semoga Hjh.Rumjah_isteri beliau dan keluarga tabah menerima dugaan Allah ini.
Gambar terbaru
terkini_"patah di kaki sudah di bedah dan dilekatkan dengan skru dan wire..patah di tulang bahu sudah diletak 6 skru...retak 4 tulang selangka pun semakin kurang sakitnya..maknanya sudah semakin sembuh_sumber Hjh.Noraini yang baru menziarahi beliau.