Saturday, January 5, 2013

MAJLIS RESIPSI DI SMK SUNGAI ABONG

Pada 5 Januari 2013 telah berlangsung satu majlis resipsi guru-guru yang mengajar di satu sekolah. Kenangan tersebut diabadikan bila majlis diadakan di perkarangan sekolah tempat mereka mengajar. Tempat jatuh lagi di kenang, inikan pula tempat jatuh cinta...semoga bahagia hingga ke akhir hayat.
Pengetua SMK Sungai Abong dengan mempelai_guru-guru SMKSA
Majlis dimeriahkan dengan kumpulan songkok tarbus merah
Nak Info dulu_Jemputan Rumah saya hujung tahun ini...Insyallah

Tuesday, January 1, 2013

MAJLIS KUNJUNG HORMAT PERSARAAN HJH.NORAINI PANOT

Pada 31 disember 2012 MPSM Muar Ledang mengadakan kunjung hormat terhadap pengetua SMK Raja Muda Pn.Hjh.Noraini Panot sempena persaraan beliau pada 1 Januari 2013.

Hjh.Noraini Panot dan tetamu
Ucapan terakhir mantan pengetua SMKRM
Ucapan aluan Pengerusi MPSM Muar Ledang
Penyampaian watikah persaraan oleh wakil PPD

Tuesday, December 25, 2012

SELAMAT HARI NATAL

HAPPY CHRISTMAS 
Kepada rakan-rakan yang merayakan hari Krismas diucapkan semoga anda semua gembira hari ini dengan  rakan dan keluarga. Happy Christmas

Saturday, December 22, 2012

TAKWIM PERSEKOLAHAN 2013


MAKLUMAT ASAS BAGI BAKAL PESARA WAJIB TAHUN 2014 DAN 2015

PERHATIAN KEPADA SEMUA PEMBANTU TADBIR(PERKHIDMATAN) 
DI SEKOLAH YANG BERKENAAN,SILA KEMUKAKAN SEGERA
 DOKUMEN UNTUK MAKLUMAT ASAS BAGI BAKAL PESARA 
TAHUN 2014 DAN 2015 KE UNIT PENCEN,JPNJ SEPERTI BERIKUT:
1) 2 SALINAN KAD PENGENALAN BAKAL PESARA
2) 2 SALINAN BUKU REKOD PERKHIDMATAN (BAGI SEKOLAH PTJ)
 DAN BAGI SEKOLAH YANG TIADA BRP SILA MINTA SALINAN BRP
 DI DAERAH MASING-MASING.
SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI UNIT PENCEN,JPNJ
 DI TALIAN 07-2311405/6/7/8/9.
SEKIAN,TERIMA KASIH.

Tuesday, December 18, 2012

TAWARAN SEKOLAH KAWALAN


SEMAKAN TAWARAN KE TINGKATAN SATU SEKOLAH KAWALAN DI BAWAH JABATAN PELAJARAN NEGERI AMBILAN JANUARI 2013


Sukacita dimaklumkan bahawa semakan tawaran ke Tingkatan 1 (SATU) ke Sekolah Kawalan di bawah 
Jabatan Pelajaran Negeri (Sekolah Kawalan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama(SMKA)) 
Ambilan Januari 2013 bagi murid-murid Tahun 6 Sesi 2012 (kecuali permohonan dari negeri Perak) 
boleh dibuat melalui sistem online Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) bermula pada 17 Disember 2012 
selepas jam 2.30 petang hingga 31 Disember 2012. Sila layari Laman Web http://parents.sekolahmalaysia.com 
untuk membuat semakan. Semakan melalui sms juga disediakan dengan menaip MOEKWLAngka Giliran UPSR  
(contoh: MOE  SKWL AG9999999) kemudian SMS ke 15888 mulai 17 Disember 2012 selepas jam 2.30 petang
 hingga 24 Disember 2012.

Untuk semakan tawaran ke Tingkatan 1 (SATU) ke Sekolah Kawalan di bawah Jabatan Pelajaran Negeri untuk 

Kelas Kawalan, Kelas Rancangan Khas (KRK) dan Kelas Aliran Agama (KAA) Ambilan Januari 2013, 
sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) atau Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) masing-masing 
untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.

MARKAH KOKURIKULUM


APLIKASI KEMASUKAN 10% MARKAH KOKURIKULUM TAHUN 2012


Sukacita dimaklumkan bahawa Penilaian 10% Markah Kokurikulum SebagaiSyarat Kemasukan ke Institusi Pengajian Awam (IPTA) Sesi 2013/2014 bagi calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2012 akan dibuka mulai 17 Disember 2012 sehingga 31 Januari 2013. Sila layari Laman Web KPM atau klik sini untuk membuat kemasukan dan semakan markah.

Sekian, terima kasih.