Monday, November 1, 2010

TAKLIMAT SKPM 2010

Pada hari ini 01 November 2010, sekolah-sekolah di daerah Muar dan Ledang telah diberikan taklimat mengenai Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010 iaitu edisi terkini oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti. Sebanyak empat pusat dibuka secara serentak untuk taklimat ini iaitu di Sekolah Tinggi Muar, SMK Dato Sri Amar DiRaja, SMK Tun Mamat dan SMK Tengku Mahmod Iskandar. Setiap sekolah diwakili oleh Pengetua / Guru Besar dan seorang guru penyelaras. Taklimat ini selain memberi pendedahan SKPM 2010 juga memberi peluang peserta menggunakan aplikasi secara on-line.


Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Saturday, October 30, 2010

Majlis Pelancaran Kelab Pengguna Sekolah Peringkat Kebangsaan

Majlis Pelancaran Kelab Pengguna Sekolah Peringkat Kebangsaan telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan  Kepenggunan (KPDNKK) Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob di SMKA Maahad Muar. Hadir sama ialah Timbalan Menteri KPDNKK, Pengarah Pelajaran Johor, PPD Muar, dan Pengetua-pengetua daerah Muar.

Photobucket
Ketibaan YB Menteri dan Timbalan Menteri
Photobucket
Silat selamat datang
Photobucket
Tuan Pengarah dan Pengetua SMKA Maahad menyambut VIP
Photobucket
Ucapan perasmian YB Menteri
Photobucket
Jamuan ringgan

IKWAS EXECUTIVE TALK

Encik Puniran bin Denan telah dipilih untuk menyertai IKWAS Executive Talk di kalangan 38 Ketua-ketua Jabatan dan 300 peserta meliputi negeri Johor dan  Melaka. Executive talk dengan tema " Inovasi Membentuk Organisasi Unggul " telah disampaikan oleh Encik Roslan Ghazali Ketua Pegawai Eksekutif Cardiff Enterprise. Beliau merupakan jurulatih berlesen dalam " Seven Habits of Highly Effective People " dan menjadi konsultan bagi TQM, Culture Change, Benchmarking, Learning Organisation & Implementation of Quality In Organisation. Berkelulusan di dalam bidang Elektrikal & Kejuruteraan Elektronik dari Cardiff Universiti, Sarjana (MBA) dari Wawick Business Scholl.
Bahan Executive Talk boleh dimuat turun melalui url di sebelah.


Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Friday, October 29, 2010

PERMOHONAN KELULUSAN BAYARAN TAMBAHAN TAHUN 2011

Permohonan Kelulusan Bayaran-bayaran Tambahan untuk tahun 2011 bermula
1 hingga 18 November 2011.
Permohonan hendaklah dihantar ke PPD (U.P: Penolong PPD Perhubungan)

Sila patuhi PROSEDUR PERMOHONAN seperti lampiran di bawah:
MUAT TURUN DOKUMEN-DOKUMEN DI BAWAH (SILA KLIK):

1. PROSEDUR PERMOHONAN BAYARAN TAMBAHAN 2011

2. LAMPIRAN 1: FORMAT SURAT PERMOHONAN
3. LAMPIRAN 1: SOFTCOPY FORMAT SURAT PERMOHONAN

sila rujuk laman web jpnj di :
http://www.moe.gov.my/jpnjohor/v3/johor2.php?id=1654&bhs=bm

KETUA SETIAUSAHA KPM YANG BARU

Sukacita dimaklumkan bahawa Y.Bhg Dato' Dr. Rosli bin Mohamed telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha KPM berkuatkuasa 29 Oktober 2010. Beliau menggantikan YBhg. Tan Sri Dr.Zulkurnain bin Haji Awang yang dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) mulai tarikh yang sama. Semoga KPM terus cemerlang dibawah kepimpinan yang diterajui beliau.
 
 
http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=1447

Tuesday, October 26, 2010

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

Peperiksaan akhir tahun bagi tingkatan 1, 2, dan 4 diteruskan selepas bercuti kerana masalah jerebu. Kepada calon-calon yang mengambil peperiksaan akhir tahun diharap dapat memberikan kualiti jawapan yang terbaik. Semoga anda semua berjaya dengan cemerlang.

Sunday, October 24, 2010

PEMANTAUAN SPSK

AUDIT DOKUMEN SEKOLAH RINTIS SPSK NEGERI JOHOR TAHUN 2010
( HANYA UNTUK SEKOLAH RINTIS SPSK SAHAJA )
Berdasarkan hasil mesyuarat JK Teknikal SPSK Bil 2 / 2010, satu penarafan kendiri ( audit dokumen ) akan di laksanakan ke semua sekolah rintis SPSK. Tujuan Audit dokumen ini adalah untuk melihat status pelaksanaan SPSK di sekolah rintis memandangkan audit dalam tidak dapat dilaksanakan ekoran kekangan kewangan.

MUAR SEKOLAH MENENGAH
TARIKH : 28 OKTOBER 2010
TEMPAT : SMK SG ABONG
MASA : 2.00 PETANG

GPK 1 SMK SG ABONG 1. MANUAL KUALITI 2. PENDRIVE