Thursday, April 28, 2011

Kawad kaki NGO Sekolah Menengah Daerah Muar

Pada 28 April 2011 sekolah-sekolah daerah Muar Ledang telah menyertai pertandingan kawad kaki NGO, GO di dataran SK Ismail 1 Muar. Kemuncaknya ialah pengistiharan pasukan yang berjaya menjadi johan bagi kategori masing-masing.

Photobucket
SMK Sg.Abong _ Johan KRS
Photobucket
SMK Bandar Maharani _ Johan Puteri Islam
Photobucket
SMKA Maahad _ Johan Kadet Polis
Photobucket
Turut serta_SMK Convent
Photobucket
SMK Sri Menanti

Mesyuarat Perbekalan Perabut IBS

Pada 28 April 2011 telah berlangsung mesyuarat perbekalan perabut bagi bangunan baru. Sekolah yang terlibat ialah SMK Dato Sri Amar DiRaja, SMK Tun Perak, SMK Alaudin R.Shah, SMK Bandar Maharani, SMK Raja Muda, SMK Bukit Gambir, SMK Sri Muar, Sekolah Tinggi Muar, SMK Parit Bunga.

Photobucket
SMSARSI, SMBG, SMRM
Photobucket
SMK DATO SRI AMAR, SMKBM

Tuesday, April 26, 2011

PENATARAN OLEH PENGARAH PEPERIKSAAN

Pada 27 April 2011 telah berlangsung penataran PBS oleh Tuan Pengarah Lembaga Peperiksaan KPM Tuan Hj.Sufaat bin Tumin bertempat di dewan seminar Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Semua pengetua seluruh Johor telah diberikan taklimat mengenai pelaksanaan PBS di sekolah menengah.

Photobucket
Tn.Hj.Suafaat bin Tumin_Pengarah LPM
Photobucket
MPSM Muar_mendaftar
Photobucket
Sabar menuggu giliran
Photobucket
Menunggu bas_perjalanan pulang
Photobucket
Ketua rombongan_Tn.Hj.Radi
Photobucket
Naik Bas_banyak kena gigit nyamuk

MESYUARAT PROFESIONAL MPSM KALI KE-2

Pada 26 April 2011 telah berlangsung mesyuarat profesional MPSM kali ke-2 bagi tahun 2011. Mesyuarat pada kali ini dilangsungkan di SMK Raja Muda selaku tuan rumah. Perkara yang dibincangkan termasuk pendekatan yang perlu dilakukan oleh ahli-ahli dalam meningkatkan pencapaian akademik sekolah masing-masing. Turut dibincangkan ialah lawatan penanda arasan serta program pengantarabangsaan. Tahniah kepada pengetua SMK Raja Muda yang telah menyediakan persiapan yang mantap termasuk mempersembahkan bakat-bakat di kalangan pelajar SMKRM. Tahniah dan syabas.

Photobucket
Tuan PPD Muar_menyampaikan amanat
Photobucket
Tuan Timbalan_berkongsi idea
Photobucket
Ahli MPSM dan wakil pengetua_yang menghadiri mesyuarat
Photobucket
Ahli MPSM_Cik Hjh.Redziah (SMK Raja Muda_tuan rumah)

Wednesday, April 20, 2011

PENGARAH PELAJARAN JOHOR

Pada hari ini 20 April 2011 Encik Mohd Nor bin A Ghani telah menjawat jawatan sebagai Pengarah Pelajaran Johor. Berpengalaman luas dalam dunia pendidikan bermula dari guru biasa, meningkat menjadi  Penolong Kanan HEM, menjadi pengetua, kemudian menjawat jawatan penolong PPD. Dinaikkan pangkat sebagai pengetua kanan di Mersing. Dinaikkan pangkat sebagai PPD Kota Tinggi, berpindah sebagai PPD Muar, ke JPNJ sebagai KS Akademik, meningkat lagi menjadi Timbalan Pengarah Pelajaran Johor, dan hari ini dilantik sebagai peneraju pendidikan negeri Johor. Tahniah diucapkan dari kami warga MPSM Muar Ledang dan semoga di bawah kepemimpinan tuan Johor akan lebih berjaya.

Photobucket
En.Mohd Nor bin A Ghani_Pengarah Pelajaran Johor

Tuesday, April 19, 2011

MESYUARAT PROFESIONALISMA PENGETUA KALI KE_2

TARIKH : 26 APRIL 2011
TEMPAT : SMK RAJA MUDA
MASA : 8.00 PAGI

Semua pengetua dijemput hadir. Sila bawa bersama jadual setara peperiksaan pertengahan tahun 2011 untuk dimurnikan.

Thursday, April 14, 2011

TAKLIMAT AGIHAN KOMPUTER 1 MALAYSIA

Pada 14 April 2011 telah berlangsung taklimat pengagihan komputer 1 Malaysia yang melibatkan SKMM, pengedar dan pengetua sekolah-sekolah yang terlibat. Pada fasa ini 6 sekolah terlibat iaitu SMK Tunku Mahmud Iskandar, SMK Pei Hwa, SMK Bandar Maharani, SMK Sungai Abong, SMK Tun Dr Ismail, dan SMK Bukit Naning.

Photobucket
Taklimat_oleh En. Wan khairil Reza Wan Kamaludin (kanan) dan En. Hirman Ariffin (no.3)
Photobucket
Pengetua SMK Bandar Maharani, SMK Sg.Abong, GPK STUDI
Photobucket
Turut sama_Pengetua SMK Pei Hwa, SMK Bukit Naning, PK HEM STMI
Photobucket
Kudapan
Photobucket