Sunday, November 25, 2012

PEMANTAUAN SEKOLAH AKHIR TAHUN 2012 DAN AWAL TAHUN 2013

Sekolah daerah Muar Ledang yang terlibat harap maklum.

SPA
EN. KAMARUDZAMAN BIN ABDUL MUBIN
JEA5024  SMK RAJA MUDA , MUAR
SPA
EN .MUHAMAD KHAIR BIN MOHAIDIN
JEA5042  SMK PERSISIRAN PERDANA, MUAR
SPA
EN. SAHIBUL BAHRIN BIN AHMAD
JEB5027  SMK PEI HWA(CF)
SPsK
EN. MOHD NARAWI BIN MOHAMED ALI
JEB5025  SMK( P ) SULTAN ABU BAKAR, MUAR

Wednesday, November 14, 2012

Maal Hijrah 1434

Selamat menyambut tahun baru, Maal Hijrah 1434. Semoga dengan ketibaan tahun baru, azam baru untuk melahirkan sekolah cemerlang dengan pelajar yang berpotensi untuk terbilang akan dapat dikukuhkan dan diterjemahkan dalam bentuk tindakan. Salam Maal Hijrah

Saturday, November 3, 2012

AUDIT PERCUBAAN SPM 2012

Pada 2 November 2012 telah berlangsung audit Percubaan SPM yang dipengerusikan oleh tuan PPD sendiri. Keputusan Percubaan SPM dibentangkan dan program pecutan akhir dirangka untuk dilaksanakan bagi memastikan hasrat menjadikan Muar Nombor 1 akan dicapai.
Tuan PPD dan Naib Pengerusi MPSM


HARI Q PPD MUAR

Anugerah kualiti sempena Hari Q PPD Muar telah berlangsung di Dewan Wawasan PPD Muar pada 1 November 2012. Sekolah-sekolah di daerah Muar dan Ledang yang mencapai tahap kualiti yang ditetapkan menerima anugerah sijil kualiti dari Pegawai Pelajaran Daerah Muar Tn.Hj.Ahmad bin Othman.

PPD dan Pengetua serta Guru Besar sekolah yang menjadi Johan Hari Q

Tahniah kepada sekolah-sekolah SMK Tunku Mahmud Iskandar Ledang, SMK Seri Tangkak, dan SMK Tun Mamat yang berjaya mengungguli kategori keseluruhan. Syabas



Saturday, October 27, 2012

LAWATAN PENANDARAS PPD PETALING UTAMA KE SABGS

Pengetua dari PPD Petaling Utama telah berkunjung ke SMK(P) Sultan Abu Bakar Muar dalam rasngka lawatan mereka ke daerah Muar Ledang. Lawatan pada pagi Jumaat 19 Oktober telah disambut oleh AJK MPSM dan warga SABGS.










Friday, October 26, 2012

MAJLIS PERSARAAN ZULKIFLI ISMAIL_PAK ZUL

Pada 23 Oktober 2012 Pak Zul meniti hari akhir sebagai penjawat awam dalam perkhidmatan pendidikan. Satu majlis kunjung hormat MPSM telah diadakan di dewan SEDAR sempena meraikan majlis persaraan beliau. Selamat maju jaya Pak Zul dan terima kasih atas perkhidmatan cemerlang tuan.
Tuan PPD
YDP MPSM Muar Ledang
Pak Zul_Yang Diraikan
Rakan MPSM


Thursday, October 18, 2012

LAWATAN PENGETUA DARI PPD PETALING UTAMA

MPSM Petaling Utama telah mengadakan lawatan ke sekolah daerah Muar Ledang pada 18-19 Oktober 2012. Ketibaan rombongan disambut oleh ahli MPSM Muar Ledang di sebuah hotel terkemuka di bandar DiRaja Muar.