Untuk makluman dan tindakan pihak sekolah. Terima kasih.
Sunday, February 24, 2013
PERWAKILAN KE PERHIMPUNAN SARANA
YDP MPSM beserta NYDP dan ahli rombongan MPSM Muar Ledang ke majlis perhimpunan SARANA di KLCC pada 24 Februari 2013. Tahniah dan semoga maklumat sarana dapat disebarluaskan. Syabas
Thursday, February 21, 2013
PERHIMPUNAN BULANAN PPD BIL 1/13
Perhimpunan Bulanan PPD Muar telah berlangsung pada 20 Februari 2013. Sempena perhimpunan tersebut majlis penyampaian sijil kepada sekolah yang mencapai prestasi yang baik telah diadakan.
Saturday, February 9, 2013
HAPPY CHINESE NEW YEAR
Kepada rakan-rakan Cina yang menyambut tahun baru MPSM Muar Ledang mengucapkan selamat menyambut tahun baru. Semoga tahun ini menjadikan kita lebih berjaya. Gong Xi Fa Chai
Saturday, February 2, 2013
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PPD MUAR
Monday, January 28, 2013
E-KEHADIRAN MURID
Sukacita dimaklumkan Bahagian
Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran Malaysia (BPSHKPM)
menerusi Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) telah membangunkan modul
e-kehadiran murid bagi memudahkan pihak pengurusan tertinggi
(PPD/JPN/KPM) agar dapat memantau statistik kehadiran murid seluruh
Negara secara masa nyata (realtime). Berdasarkan surat siaran KP(BPSH-SPDK)201/005/02/Jld. 4 (38)
yang bertarikh 10 Januari 2013 bahawa modul ini perlu diperluaskan ke
sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan pada awal persekolahan
tahun semasa.
JPN Johor akan melaksanakan modul e-kehadiran murid secara rasmi bermula 4 Februari 2013 selepas mengambil kira tempoh mengemaskini maklumat murid APDM diperingkat sekolah.
Pihak sekolah perlu melantik pembantu
tadbir untuk melaksanakan e-kehadiran murid sepertimana manual yang
dibekalkan. Pembantu tadbir yang dilantik akan mengunci masuk kehadiran
murid setiap hari sebelum jam 9 pagi (sesi pagi) dan 2.30 petang (sesi
petang). Data e-kehadiran ini digunakan oleh Portal Dasboard PPD yang
akan digunakan sepenuhnya mulai tahun 2013.
Muat Turun: Manual e-kehadiran
Subscribe to:
Posts (Atom)
















