Friday, March 16, 2012

MESYUARAT SPA JPNJ MPSM DI SMSJ


Khamis, 15 Mac 2012.
 
Agenda 1 : Ucapan alu-aluan KS SPA JPNJ. 
Terima kasih kepada semua yang hadir. Terima kasih tuan rumah SMSJ. Tujuan mesyuarat untuk penyelarasan peperiksaan pertengahan tahun setara negeri Johor 2012 bagi  tahun 6 dan tingkatan 3, 5 dan 6 atas. Daerah-daerah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan soalan mengikut subjek yang telah diagihkan kepada MPSM dan MGB daerah-daerah. Mesyuarat KPM 2011, peperiksaan setara tidak boleh dibuat. Namun dalam mesyuarat SPA JPN, mohon agar peperiksaan setara dibuat sekali setahun dan dibawa ke mesyuarat BPSH, KPM dan diterima sebagai soft landing untuk tahun 2012 sahaja.
Mengapa dibuat peperiksaan setara pertengahan tahun bukan peperiksaan percubaan? JPNJ dapat melihat kelemahan dan kekuatan awal-awal lagi. Selepas itu soalan buat sendiri berdasarkan kekuatan masing-masing dalam peperiksaan percubaan. Tahun 2013 tidak boleh dibuat peperiksaan setara lagi. Peperiksaan percubaan tiada peperiksaan setara. Tetapi JSI mesti diselaras. MGB dan MPSM sila buat bank soalan. Sekolah boleh pilih mana-mana soalan yang difikirkan sesuai, namun ini  bukanlah peperiksaan setara. Sekolah boleh buat soalan sendiri dalam peperiksaan percubaan. Pengetua wajib memantau guru yang membina item, agar soalan itu ikut piawai yang sebenar.
SPA minta kerjasama MPSM dan MGB untuk menguruskan peperiksaan setara negeri Johor tahun 2012 bagi UPSR, PMR, SPM dan STPM. SPA akan membantu dalam memilih penggubal item dalam peperiksaan setara pertengahan tahun 2012 negeri Johor.  Selepas peperiksaan setara pertengahan tahun, semua sekolah wajib membuat bedah siasat dan analisis item bagi kegunaan peperiksaan percubaan yang tidak setara di sekolah masing-masing.
 
 Agenda 2 : Perbincangan
Rujuk  dalam fail yang diedarkan. Agihan tugas daerah sila rujuk lampiran ( Fail ada pada saya ) esok Jumaat saya cuti. Nanti kita akan bincang. Minggu lepas saya dah hubungi semua panel penggubal SIPM, SPM dan PMR.
Fail untuk TPPD ada surat untuk tujuan panggilan mesyuarat penggubal. Jadual peperiksaan setara SPM  akan dimurnikan lagi melalui draf yang akan diedarkan ke semua sekolah untuk respon semua sekolah. Muar akan buat mesyuarat pertama di SMK Dato Seth Yong Peng, pada 22 Mac 2012 dengan MPSM dan PPPD Akademik ( cadangan saya sahaja ). 1 April – 2 April semua penggubal berkumpul di Hotel yang akan ditentukan semasa mesyuarat pertama untuk semakan terakhir, editing dan pemurnian.  Pada 23 – 30 Mac mesti siap dan pada 2 April 2012 soalan akan diserahkan ke JPNJ.
Hal-hal lain
Format dan font soalan akan die-mel kemudian. Nama peperiksaan : Peperiksaan Setara Pertengahan Tahun Tingkatan 3/5/6.
Peratus pemberatan soalan tingkatan 4 dan 5 untuk setara tingkatan 5.  Tingkatan 4 (30%) dan tingkatan 5 (70%). Cakupan sukatan tingkatan 5,  ikut Plan J sehingga 30 April.  JSI ditentukan oleh para penggubal. Calon PMR meliputi sukatan tingkatan 1, 2 dan 3. (20%, 20%% dan  60%) dan STPM (30% 6 rendah dan 70% 6 atas).

1 comment: