Imam
Malik bin Anas menangis ketika hendak berbuka puasa. Ketika ditanya
oleh muridnya, beliau berkata: "Aku sedih melihat makanan yang banyak
kerana terkenangkan Rasulullah s.a.w. Baginda berbuka dengan makanan
yang sedikit tetapi amalannya banyak. Sedangkan aku berbuka dengan
makanan yang banyak, tetapi amalanku cuma sedikit."