Pada 21 Mac 2012 telah berlangsung pengumuman keputusan SPM 2011 dan majlis penyampaian sijil penghargaan kepada sekolah yang berjaya mencatatkan kejayaan cemerlang. Majlis berlangsung di dewan seminar JPN Johor. Majlsi disempurnakan oleh Pengarah Pelajaran Johor Encik Mohd Nor bin A.Ghani.
Wednesday, March 21, 2012
Friday, March 16, 2012
MESYUARAT SPA JPNJ MPSM DI SMSJ
Khamis, 15 Mac 2012.
Agenda 1 : Ucapan alu-aluan KS SPA JPNJ.
Terima kasih kepada semua yang hadir. Terima kasih tuan rumah SMSJ. Tujuan mesyuarat untuk penyelarasan peperiksaan pertengahan tahun setara negeri Johor 2012 bagi tahun 6 dan tingkatan 3, 5 dan 6 atas. Daerah-daerah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan soalan mengikut subjek yang telah diagihkan kepada MPSM dan MGB daerah-daerah. Mesyuarat KPM 2011, peperiksaan setara tidak boleh dibuat. Namun dalam mesyuarat SPA JPN, mohon agar peperiksaan setara dibuat sekali setahun dan dibawa ke mesyuarat BPSH, KPM dan diterima sebagai soft landing untuk tahun 2012 sahaja.
Mengapa dibuat peperiksaan setara pertengahan tahun bukan peperiksaan percubaan? JPNJ dapat melihat kelemahan dan kekuatan awal-awal lagi. Selepas itu soalan buat sendiri berdasarkan kekuatan masing-masing dalam peperiksaan percubaan. Tahun 2013 tidak boleh dibuat peperiksaan setara lagi. Peperiksaan percubaan tiada peperiksaan setara. Tetapi JSI mesti diselaras. MGB dan MPSM sila buat bank soalan. Sekolah boleh pilih mana-mana soalan yang difikirkan sesuai, namun ini bukanlah peperiksaan setara. Sekolah boleh buat soalan sendiri dalam peperiksaan percubaan. Pengetua wajib memantau guru yang membina item, agar soalan itu ikut piawai yang sebenar.
SPA minta kerjasama MPSM dan MGB untuk menguruskan peperiksaan setara negeri Johor tahun 2012 bagi UPSR, PMR, SPM dan STPM. SPA akan membantu dalam memilih penggubal item dalam peperiksaan setara pertengahan tahun 2012 negeri Johor. Selepas peperiksaan setara pertengahan tahun, semua sekolah wajib membuat bedah siasat dan analisis item bagi kegunaan peperiksaan percubaan yang tidak setara di sekolah masing-masing.
Agenda 2 : Perbincangan
Rujuk dalam fail yang diedarkan. Agihan tugas daerah sila rujuk lampiran ( Fail ada pada saya ) esok Jumaat saya cuti. Nanti kita akan bincang. Minggu lepas saya dah hubungi semua panel penggubal SIPM, SPM dan PMR.
Fail untuk TPPD ada surat untuk tujuan panggilan mesyuarat penggubal. Jadual peperiksaan setara SPM akan dimurnikan lagi melalui draf yang akan diedarkan ke semua sekolah untuk respon semua sekolah. Muar akan buat mesyuarat pertama di SMK Dato Seth Yong Peng, pada 22 Mac 2012 dengan MPSM dan PPPD Akademik ( cadangan saya sahaja ). 1 April – 2 April semua penggubal berkumpul di Hotel yang akan ditentukan semasa mesyuarat pertama untuk semakan terakhir, editing dan pemurnian. Pada 23 – 30 Mac mesti siap dan pada 2 April 2012 soalan akan diserahkan ke JPNJ.
Hal-hal lain
Format dan font soalan akan die-mel kemudian. Nama peperiksaan : Peperiksaan Setara Pertengahan Tahun Tingkatan 3/5/6.
Peratus pemberatan soalan tingkatan 4 dan 5 untuk setara tingkatan 5. Tingkatan 4 (30%) dan tingkatan 5 (70%). Cakupan sukatan tingkatan 5, ikut Plan J sehingga 30 April. JSI ditentukan oleh para penggubal. Calon PMR meliputi sukatan tingkatan 1, 2 dan 3. (20%, 20%% dan 60%) dan STPM (30% 6 rendah dan 70% 6 atas).
Tuesday, March 13, 2012
PERMOHONAN MENGIKUTI KURSUS DI IAB
Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Aminuddin Baki (IAB) akan menganjurkan pelbagai kursus sepanjang tahun 2012. Permohonan boleh dibuat secara online melalui Sistem Aplikasi Bersepadu IAB, i-Permohonan.
Sila klik di sini untuk menyemak takwim program IAB.Sila klik di sini untuk permohonan melalui i-Permohonan
Sekian, terima kasih
Friday, March 9, 2012
EKSPO PERMATA 2012
| EKSPO PERMATA 2012 |
Sukacita dimaklumkan bahawa Ekspo PERMATA 2012 akan dilangsungkan seperti ketetapan berikut: Tarikh: 9 - 11 Mac 2012 Masa: 10.00 pagi - 5.00 petang Tempat: Stadium Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Sehubungan itu, Semua Sekolah di Negeri Johor dijemput hadir bersama untuk mengikuti aktiviti yang dijalankan sepanjang Ekspo berkenaan dilangsungkan. Untuk maklumat lanjut, sila klik lampiran. |
PESANAN BUKU BARU_MPSM
Berikut adalah buku-buku yang akan dibekalkan ke sekolah-sekolah dalam masa terdekat.
Tajuk Buku:
1. Adat dan Pantang Larang Orang Melayu _ 6 buah.
2. Kekuatan Tiada Tandingan _ 6 buah.
Buku tersebut dibekalkan ke semua Sekolah Menengah Kebangsaan Negeri Johor.
YDP MPSM
Tajuk Buku:
1. Adat dan Pantang Larang Orang Melayu _ 6 buah.
2. Kekuatan Tiada Tandingan _ 6 buah.
Buku tersebut dibekalkan ke semua Sekolah Menengah Kebangsaan Negeri Johor.
YDP MPSM
Thursday, March 8, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)























