Friday, July 27, 2012

KERETA HARI RAYA


Harga : RM152K
2005/2010 Lexus GS300

TAZKIRAH RAMADHAN 1

Imam Malik bin Anas menangis ketika hendak berbuka puasa. Ketika ditanya oleh muridnya, beliau berkata: "Aku sedih melihat makanan yang banyak kerana terkenangkan Rasulullah s.a.w. Baginda berbuka dengan makanan yang sedikit tetapi amalannya banyak. Sedangkan aku berbuka dengan makanan yang banyak, tetapi amalanku cuma sedikit."

Friday, July 20, 2012

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA RAMADAN


Nabi bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan, adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim no: 233)

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa sempat bertemu bulan Ramadan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauhlah dia dengan Allah" (HR Ibn Hibban)

Nabi saw. bersabda, "Telah datang kepadamu Ramadan, bulan berkah, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu Neraka ditutup, syaitan diikat, dan di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. (HR Imam Ahmad dan Imam Nasa’i)

Thursday, July 19, 2012

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

Majlis anugerah perkhidmatan cemerlang 2011 telah disempurnakan oleh Tn.Hj.Ahmad bin Othman Pegawai Pelajaran Daerah Muar di dewan Wawasan PPD Muar. Kepada penerima anugerah diucapkan tahniah.
Majlis APC 2011
Tn.Hj.Norulhisham Z.Abidin dan Pn.Chaw