Tuesday, March 27, 2012

MSSD MUAR 2012

Majlis penutup MSSD Muar telah disempurnakan oleh Tuan Hj.Ahmad bin Othman Pegawai Pelajaran Daerah Muar pada 24 Mac 2012. Majlis berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim Muar.
Ucapan perasmian penutup
Penyerahan bendera kejohanan
Olahragawati 2011
Olahragawan 2011
PENGETUA SEDAR dan SMJJ_ bersama maskot


Friday, March 23, 2012

PESARA 2013

1. NORAINI BTE PANOT  PENGETUA SMK DATO' AHMAD ARSHAD SGT.01.01.2013 (56)
2. ZUBAIDAH BINTI ENDOT  PENGETUA  SMK TAMAN BUKIT INDAH J.B 03.02.2013 (58)
3. IBRAHIM B. AB RAHMAN  PENGETUA  SMK KOTA MASAI P. GUDANG 06.02.2013 (58)
4. ABU TALIB BIN ABDULLAH  PENGETUA SMK TAMAN UNIVERSITI 2 JB 27.02.2013 (58)
5. SITI ESAH BINTI ABD. LATIF  PENGETUA  SMKA SEGAMAT 30.03.2013 (58)
6. SYAM BINTI HARON  PENGETUA SMK AMINUDDIN BAKI JB 03.05.2013 (58)
7. SITI RUMJAH BINTI BANAJI PENGETUA  SMK TINGGI MUAR 22.07.2013 (58)
8. NORIZAH BINTI ABDUL MANAP PENGETUA SEKOLAH TUN FATIMAH 29.07.2013 (58)
9. IDRIS BIN AHMAD PENGETUA  SM SAINS JOHOR 26.08.2013 (58)
10. ROHAYA BAJURI PENGETUA SMK DATO' MOHD YUNOS SULAIMAN 03.09.2013(58)
11. SUHANA BINTI SULAIMAN  PENGETUA  SMK(P) SULTAN ABU BAKAR 12.09.2013(56)
12. ANAS BIN ABD. KADIR  PENGETUA  SMK JALAN KOTA TINGGI 16.10.2013 (58)
13. SURADI BIN SARIKON PENGETUA MUAR SMK PARIT BUNGA 24.10.2013 (58)
14. SADIAH BINTI SAMIAN PENGETUA  SMK DAMAI JAYA JB 30.10.2013 (58)
15. FUZIAH BINTI MAHDAN PENGETUA SMK TUN MAMAT 11.11.2013 (58)

SELAMAT MENJADI YB

Thursday, March 22, 2012

PENERIMA ANUGERAH KECEMERLANGAN SPM 2011

1.  Sekolah Cemerlang SBP - SM Sains Muar (3)
2.  SMK Agama - SMKA Maahad (2)
3. Sekolah Cemerlang Luar Bandar - SMK Pekan Baru (3)
4. Sekolah FELDA - SMK Lenga (2)
5. Lonjakan Saujana - SMK St.Andrew, Sekolah Tinggi, SMK Pesisiran Perdana,
    SMK Bandar Maharani, SMK Sagil, SMK Dato Sri Amar DiRaja,
    SMK(P) Sultan Abu Bakar.
6. Mencapai ETR - SMK Dato Sri Amar DiRaja, SMK(P) Sultan Abu Bakar, SMK St.Andrew,
    Sekolah Tinggi, SMKA Maahad.
7. Pencapaian100% Layak Dapat Sijil - Sekolah Tinggi, SMK(P) Sultan Abu Bakar,
    SMK Tun Sri Lanang, SMK Dato Sri Amar DiRaja, SM Sains Muar,
    SMK Felcra Bukit Kepong,    SMK Lenga, SMKA Maahad,
8. PPD Cemerlang - Muar (2)
9. PPD Pencapaian Pelajar Cemerlang - Muar (2)
10. PPD Peratus Layak Dapat Sijil - Muar (3)
11. PPD Mencapai ETR - Muar (4)

TANGGUNGJAWAB PENGETUA DALAM PENTAKSIRAN KEBANGSAAN

1. Menandatangani Perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972.
2. Mengurus pendaftaran calon peperiksaan.
3. Mengurus pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS)
4. Mengurus kes khas
5. Mengurus calon hospital, calon tahanan
6. Mengurus markah peperiksaan percubaan.
7. Mengurus cadangan pelantikan petugas peperiksaan awam.
8. Mengurus penyediaan pusat peperiksaan
9. Memberi taklimat kepada calon peperiksaan.
10. Mengurus bilik kebal.
11. Mengurus penyimpanan bahan sulit.
12. Mengurus operasi payung.
13. Mengurus kertas JOB
14. Mengurus buku jawapan
15. Mengurus keputusan peperiksaan awam
16. Mengurus sijil peperiksaan awam
17. Mengurus bilik operasi pentaksiran
18. mengurus SPI
19. Menyediakan kemudahan yang sesuai untuk peperiksaan

RAPAT KURSUS KRS 2012

Majlis Pengetua Cemerlang Negeri Johor telah mengadakan Rapat Kursus KRS untuk pengetua sekolah dengan tujuan memberikan input pengendalian KRS di peringkat sekolah. Majlis ditutup rasmi oleh Yg.Bhg.Tuan Pengarah Pelajaran Johor Encik Mohd Nor bin A.Ghani di Pusat Kokurikulum JPN Johor di Tasek Utara.

Wednesday, March 21, 2012

SPM 2011

Pada 21 Mac 2012 telah berlangsung pengumuman keputusan SPM 2011 dan majlis penyampaian sijil penghargaan kepada sekolah yang berjaya mencatatkan kejayaan cemerlang. Majlis berlangsung di dewan seminar JPN Johor. Majlsi disempurnakan oleh Pengarah Pelajaran Johor Encik Mohd Nor bin A.Ghani.










Friday, March 16, 2012

MESYUARAT SPA JPNJ MPSM DI SMSJ


Khamis, 15 Mac 2012.
 
Agenda 1 : Ucapan alu-aluan KS SPA JPNJ. 
Terima kasih kepada semua yang hadir. Terima kasih tuan rumah SMSJ. Tujuan mesyuarat untuk penyelarasan peperiksaan pertengahan tahun setara negeri Johor 2012 bagi  tahun 6 dan tingkatan 3, 5 dan 6 atas. Daerah-daerah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan soalan mengikut subjek yang telah diagihkan kepada MPSM dan MGB daerah-daerah. Mesyuarat KPM 2011, peperiksaan setara tidak boleh dibuat. Namun dalam mesyuarat SPA JPN, mohon agar peperiksaan setara dibuat sekali setahun dan dibawa ke mesyuarat BPSH, KPM dan diterima sebagai soft landing untuk tahun 2012 sahaja.
Mengapa dibuat peperiksaan setara pertengahan tahun bukan peperiksaan percubaan? JPNJ dapat melihat kelemahan dan kekuatan awal-awal lagi. Selepas itu soalan buat sendiri berdasarkan kekuatan masing-masing dalam peperiksaan percubaan. Tahun 2013 tidak boleh dibuat peperiksaan setara lagi. Peperiksaan percubaan tiada peperiksaan setara. Tetapi JSI mesti diselaras. MGB dan MPSM sila buat bank soalan. Sekolah boleh pilih mana-mana soalan yang difikirkan sesuai, namun ini  bukanlah peperiksaan setara. Sekolah boleh buat soalan sendiri dalam peperiksaan percubaan. Pengetua wajib memantau guru yang membina item, agar soalan itu ikut piawai yang sebenar.
SPA minta kerjasama MPSM dan MGB untuk menguruskan peperiksaan setara negeri Johor tahun 2012 bagi UPSR, PMR, SPM dan STPM. SPA akan membantu dalam memilih penggubal item dalam peperiksaan setara pertengahan tahun 2012 negeri Johor.  Selepas peperiksaan setara pertengahan tahun, semua sekolah wajib membuat bedah siasat dan analisis item bagi kegunaan peperiksaan percubaan yang tidak setara di sekolah masing-masing.
 
 Agenda 2 : Perbincangan
Rujuk  dalam fail yang diedarkan. Agihan tugas daerah sila rujuk lampiran ( Fail ada pada saya ) esok Jumaat saya cuti. Nanti kita akan bincang. Minggu lepas saya dah hubungi semua panel penggubal SIPM, SPM dan PMR.
Fail untuk TPPD ada surat untuk tujuan panggilan mesyuarat penggubal. Jadual peperiksaan setara SPM  akan dimurnikan lagi melalui draf yang akan diedarkan ke semua sekolah untuk respon semua sekolah. Muar akan buat mesyuarat pertama di SMK Dato Seth Yong Peng, pada 22 Mac 2012 dengan MPSM dan PPPD Akademik ( cadangan saya sahaja ). 1 April – 2 April semua penggubal berkumpul di Hotel yang akan ditentukan semasa mesyuarat pertama untuk semakan terakhir, editing dan pemurnian.  Pada 23 – 30 Mac mesti siap dan pada 2 April 2012 soalan akan diserahkan ke JPNJ.
Hal-hal lain
Format dan font soalan akan die-mel kemudian. Nama peperiksaan : Peperiksaan Setara Pertengahan Tahun Tingkatan 3/5/6.
Peratus pemberatan soalan tingkatan 4 dan 5 untuk setara tingkatan 5.  Tingkatan 4 (30%) dan tingkatan 5 (70%). Cakupan sukatan tingkatan 5,  ikut Plan J sehingga 30 April.  JSI ditentukan oleh para penggubal. Calon PMR meliputi sukatan tingkatan 1, 2 dan 3. (20%, 20%% dan  60%) dan STPM (30% 6 rendah dan 70% 6 atas).

Tuesday, March 13, 2012

PERMOHONAN MENGIKUTI KURSUS DI IAB

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Aminuddin Baki (IAB) akan menganjurkan pelbagai kursus sepanjang tahun 2012. Permohonan boleh dibuat secara online melalui Sistem Aplikasi Bersepadu IAB, i-Permohonan.
Sila klik di sini untuk menyemak takwim program IAB.
Sila klik di sini untuk permohonan melalui i-Permohonan
Sekian, terima kasih

Friday, March 9, 2012

GAJI PERMULAAN SEMUA PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DALAM TEMPOH SEMAKAN SISTEM BARU PERKHIDMATAN AWAM


EKSPO PERMATA 2012

EKSPO PERMATA 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Ekspo PERMATA 2012 akan dilangsungkan

seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 9 - 11 Mac 2012
Masa: 10.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Stadium Bandaraya Johor Bahru (MBJB)
Sehubungan itu, Semua Sekolah di Negeri Johor dijemput hadir bersama

untuk mengikuti aktiviti yang dijalankan sepanjang Ekspo berkenaan dilangsungkan.
Untuk maklumat lanjut, sila klik lampiran.
Sekian, terima kasih


PESANAN BUKU BARU_MPSM

Berikut adalah buku-buku yang akan dibekalkan ke sekolah-sekolah dalam masa terdekat.

Tajuk Buku:
1. Adat dan Pantang Larang Orang Melayu _ 6 buah.
2. Kekuatan Tiada Tandingan _ 6 buah.

Buku tersebut dibekalkan ke semua Sekolah Menengah Kebangsaan Negeri Johor.

YDP MPSM