Sunday, April 8, 2012

Maklum Balas Kajian Semula Sistem Pendidikan Malaysia

1. Semua YDP MPSM Daerah diminta untuk menyediakan maklumat/input
berkaitan Memorandum Kajian Semula Sistem Pendidikan Malaysia
untuk disampaikan kepada pihak Project Management Office (PMO) dalam
Sesi Perbincangan dan Maklum Balas Kajian Semula Sistem Pendidikan
Malaysia
yang menjadi salah satu slot dalam Persidangan di Kuantan.

2. Antara maklum balas dalam memorandum tersebut adalah berkaitan 9
bidang yang di senaraikan di bawah:

(1) Guru : Kualiti guru dan praktis
(2) Kualiti sekolah
(3) Kepimpinan sekolah
(4) Kurikulum dan pentaksiran
(5) Peranan ibu bapa, komuniti dan swasta
(6) Peluang pendidikan selepas menengah
(7) Penguasaan pelbagai bahasa
(8) Sistem penyampaian (delivery system)
(9) Keberkesanan dan kecekapan pengurusan sumber.

3. Diharap semua MPSM Daerah dapat mengambil peluang ini untuk
menyampaikan pandangan dan cadangan berkaitan dengan isu-isu
pendidikan
sebagai input untuk Pelan Pembanguan Pendidikan 10 tahun akan datang
(blue print)

Cadangan hendaklah ditaip dan diemailkan kepada Pen. Setiausaha, En.
Shamsuddin Haron di shamsuddinharon@yahoo.com   sebelum selasa
11/4/2012
untuk disatukan dan dijadikan memorandum daripada MPSM Johor.

Sekian untuk makluman dan tindakan. Terima kasih.

AZMAN ADNAN
SU Kehormat MPSMJ

No comments:

Post a Comment