Monday, January 28, 2013

E-KEHADIRAN MURID

Sukacita dimaklumkan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran Malaysia (BPSHKPM) menerusi Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) telah membangunkan modul e-kehadiran murid bagi memudahkan pihak pengurusan tertinggi (PPD/JPN/KPM) agar dapat memantau statistik kehadiran murid seluruh Negara secara masa nyata (realtime). Berdasarkan surat siaran KP(BPSH-SPDK)201/005/02/Jld. 4 (38) yang bertarikh 10 Januari 2013 bahawa modul ini perlu diperluaskan ke sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan pada awal persekolahan tahun semasa.
JPN Johor akan melaksanakan modul e-kehadiran murid secara rasmi bermula 4 Februari 2013 selepas mengambil kira tempoh mengemaskini maklumat murid APDM diperingkat sekolah.
Pihak sekolah perlu melantik pembantu tadbir untuk melaksanakan e-kehadiran murid sepertimana manual yang dibekalkan. Pembantu tadbir yang dilantik akan mengunci masuk kehadiran murid setiap hari sebelum jam 9 pagi (sesi pagi) dan 2.30 petang (sesi petang). Data e-kehadiran ini digunakan oleh Portal Dasboard PPD yang akan digunakan sepenuhnya mulai tahun 2013.
Muat Turun: Manual e-kehadiran  

No comments:

Post a Comment