Wednesday, September 14, 2011

AMANAT MENTERI PELAJARAN

Ucaptama Menteri Pelajaran semasa merasmikan program pengurusan pementoran perkhidmatan awam KPM Zon Barat Negeri Johor.
1. KPM melalui proses transformasi dalam meningkatkan kualiti pendidikan negara. Ia akan dapat menghasilkan modal insan berkualiti dalam memacu kemajuan negara.
2. Empat sasaran menjelang 2013 (NKRA Pendidikan).
i. Meningkatkan enrolmen murid prasekolah.
ii. Menguasi literasi dan numerasi (LINUS) dalam 3 tahun awal persekolahan.
iii. Mencapai bilangan 100 buah Sekolah Berprestasi Tinggi.
iv. Bai'ah kepada warga pendidikan _New Deal.
3. KPM mencapai score A++ dalam mencapai sasaran NKRA.
4. SIP- telah meningkatkan pencapaian sekolah-sekolah luar bandar meskipun dalam keadaan serba kekurangan.
5. Kajian menyeluruh sistem pendidikan negara. Semua pihak yang ada kepentingan dialu-alukan untuk berkongsi idea, pandangan dan input untuk penambahbaik sistem pendidikan negara.
6. MBMMBI- memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkasa Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu selaras bahasa-bahasa ibunda negara maju yang lain digunakan dalam matapelajaran sains dan matematik.
7. Pada 2013 lulus Sejarah wajib dalam SPM.

No comments:

Post a Comment