Monday, September 12, 2011

PEMENTORAN PERKHIDMATAN AWAM

SKOP
Skop pementoran dalam perkhidmatan meliputi bagaimana seseorang mentor yang cemerlang dalam kerjaya memindahkan pengetahuan kerja dan sokongan kepada menti. Perkongsian pengalaman ini akan mampu melahirkan pegawai yang kompeten dan pemimpin yang berkebolehan. Rajah di bawah menunjukkan aspek-aspek dalam skop pementoran.

ISU DAN ETIKA:
Isu ‘dual relationship’ berisiko untuk berlaku antara mentor dan menti kerana dalam perhubungan pementoran turut melibatkan elemen perkongsian emosi. Ia berkecenderungan mewujudkan perasaan intim. Justeru, pemadanan mentor dan menti yang sama jantina wajar diberi keutamaan bagi mengurangkan risiko. Di samping itu, mentor dan menti perlu berpegang kepada etika, tanggungjawab dan matlamat pementoran agar isu ini dapat dikendalikan dengan bijaksana. Etika perhubungan pementoran adalah seperti berikut:-

i)  Tiada diskriminasi
Mentor mestilah menghormati kepelbagaian individu dan tidak mendiskriminasikan menti atas sebab-sebab seperti umur, warna kulit, ketidakupayaan, budaya, etnik, jantina, bangsa, orientasi seks, status perkahwinan atau sosio-ekonomi.
ii)  Makluman menti
Mentor mesti memaklumkan kepada menti maklumat secukupnya berhubung proses dan perhubungan pementoran. 
iii)  Perhubungan peribadi
Mentor mesti berusaha untuk mengelakkan perhubungan mesra yang berlebihan dengan menti sehingga boleh melemahkan pertimbangan profesional. Apabila perhubungan ini tidak dapat dielakkan, maka mentor mesti mengambil langkah bersesuaian supaya penilaian yang dibuat tidak terjejas dan mewujudkan eksploitasi terhadap menti.
iv)  Perhubungan intim
Mentor tidak boleh terlibat di dalam sebarang jenis perhubungan intim dengan menti. Mentor juga    tidak boleh terlibat dalam perhubungan seksual dengan menti.
v)  Perhubungan di luar bidang tugas
Mentor tidak boleh terlibat dalam perhubungan mesra di luar bidang tugas dengan menti yang di bawah penilaian mereka.
vi)  Ketidakupayaan membantu menti
Mentor perlu menamatkan perhubungan pementoran secepat mengkin sekiranya tidak berupaya membantu menti secara profesional.
vii)  Keperluan kerahsiaan
Mentor mesti menyimpan semua maklumat yang bersifat peribadi dan sulit kecuali pendedahan untuk kebaikan menti dan keperluan perkhidmatan. Apabila pendedahan perlu dilakukan, hanya maklumat berkaitan diberikan dan menti perlu dimaklumkan tentang pendedahan tersebut. 
viii)  Tanggungjawab profesional
Mentor mesti mempraktikkan perhubungan pementoran dalam batas kecekapan mereka sahaja.
ix)  Peningkatan pengetahuan
Mentor perlu meningkatkan tahap kecekapan dan pengetahuan mereka bagi meningkatkan perkhidmatan yang profesioanal. Di samping itu, mentor mestilah terlatih dan bersedia dengan teknik dan kaedah pementoran yang betul.

FOKUS
Perkembangan profesional dan kecenderungan mempunyai keperihatinan terhadap kebajikan secara menyeluruh.

No comments:

Post a Comment