Monday, September 26, 2011

SURAT SIARAN PERIKSA SETARA

PEJABAT PELAJARAN DAERAH MUAR 
JKR 242, Jalan Arab,                                       No. Telefon: 06- 9511780 
84000 Muar, Johor.                                                                                                                     

Ruj.Kami: JPA5007/600-3/2/5(    )
Tarikh   : 22 September 2011

Kepada,
Pengetua,
Sekolah Menengah Daerah Muar dan Ledang

Tuan,

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SETARA AKHIR TAHUN 2011
SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH MUAR DAN LEDANG

Dengan segala hormatnya hal di atas adalah dirujuk.

2.         Bersama ini dikemukakan
i.          proses kerja persediaan Peperiksaan Akhir tahun 2011,
ii.          jadual waktu Peperiksaan Akhir Tahun 2011 bagi tingkatan 1, 2 dan 4. Mesyuarat Pengurusan Pengetua telah bersetuju tarikh peperiksaan seperti dalam jadual berkenaan.

3.         Untuk memastikan Peperiksaan Akhir Tahun 2011 berjalan dengan lancar, hanya Pengetua,  Guru Penolong Kanan dan Setiausaha Peperiksaan Dalam yang terlibat dengan urusan membuka sampul kertas soalan dan mencetak/memperbanyakkan soalan. Adalah menjadi tanggungjawab Pengetua, Guru Penolong Kanan dan Setiausaha Peperiksaan Dalam menjaga keselamatan dan kerahsiaan kertas-kertas soalan.

4.         Pengerusi panitia daerah tidak perlu mengadakan mesyuarat penyelarasan pemarkahan/skema penandaan selepas peperiksaan mata pelajarannya.

5.         Pengerusi Panitia mata pelajaran adalah diingatkan, jika ada skema pemarkahan yang dihantar kemudian, bahan tersebut hendaklah dimasukkan dalam sampul surat dan dicop ’SULIT’.  Skema pemarkahan atau jawapan hanya boleh diserahkan kepada guru mata pelajaran setelah kertas soalan tersebut tamat.

6.         Jika ada pelajar terlibat dengan dua kertas soalan yang dijalankan serentak/bertindan, kertas soalan yang lebih ramai calon perlu didahulukan.  Untuk mata pelajaran yang bertindan, pelajar hendaklah menjawab pada hari yang sama dan boleh dipanjangkan masa hingga petang (ikut waktu pejabat).

7.         Bagi sekolah yang ada sesi petang, masa peperiksaan bolehlah disesuaikan.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan, sila ajukan kepada Pengetua SMK Sri Muar atau Pengetua SMK (P) Sultan Abu Bakar, Muar.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah



No comments:

Post a Comment